B O N J O U R F E L L A S
PERDANA
Friday 28 June 2013 • 03:47 • 0 comments


Assalamualaikum and Annyeong

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah we did it! Terima kasih Ya Allah! Itu je yang boleh aku ucap. Aku bersyukur sangat sangat. Segala penat lelah kitorang selama ni berbayar jugak. Alhamdulillah Ya Allah

Medal kat atas tu bukti kemenangan Yayasan Islam Kelantan dalam kawad untuk Perkhemahan PERDANA PBSM baru baru ni. Seriously aku memang macam tak percaya kitorang menang. Time annoucement yang kita menang tu memang, Allah je yang tahu. Ok kali ni aku tak nangis. Lol control ekceli. Tapi serious aku happy. Proud of myself and proud of PBSM MMP


Ok let me tell something about the camp. Hari first ; 24 June 2013 kitorang bertolak dari sekolah jam 9.30 pagi. Dalam 30 minit hingga 1 jam kitorang sampai kat sana. Ok sangat awal sebab kitorang nak pilih campsite yang teduh. Tak nak jadi macam tahun lepas. Dapat tempat panas. Lepas tu kitorang set up khemah, gadjet dll. Ambil masa tahu. Thanks tu kak-kak Briged yang tolong kami bina gadjet tu :)

Sedond day ; 25 June 2013 memang panas tersangat panas. Hari tu memang aktiviti penuh dengan skill station. Banyak jugak ilmu kitorang dapat. Yang paling best skill station masakan rimba. Kitorang kena masak sendiri, buat punca api sendiri. Ok kitorang buat roti gulung bakar tapi telur kitorang tak masak. Ok jenuh aku jaga api tapi asyik padam je -_- tapi best dapat cooperate dengan budak budak tak matang tu lol. yang penting roti tu sedap woih. Thanks to Faezah yang uli tepung tu. Sedop! Malam tu pulak HUJAAAAN. ok aku basah kuyup. Memang chaos la malam tu. Last-last aku tidur dengan baju yang basah kuyup tu. Bangun pagi rasa macam nak patah gigi weh. Menggigil to the death

Third day ; 26 June 2013 Pagi-pagi lagi kawad. ok nerve wrecking sangat sangat. Hanya Allah je yang tahu. Masa time kawad tu aku banyak buat salah. Lepas keluar padang tu aku bad mood sikit. Marah. Marah dengan diri sendiri. Aku takut sebab aku nanti team aku kalah. Tapi kawan kawan aku comfort aku. Lega sikit. Then sambung skill station and so on. Malam kebudayaan ; aku tidur lol

Fourth day ;  27 June 2013 last day kitorang kena kawad kawalan dengan team MMl. Ok best sangat sebab ni first time aku kawad dengan dorang. Then yang nerve wrecking lagi masa perasmian penutup dan pengumuman pemenang. Ok alhamdulillah aku dapat control masa pengumuman kitorang menang lol kawan aku kata aku lompat tinggi kot time tu. Haha. Tapi kontinjen aku tak dapat kontinjen terbaik. Ok takpelah at least kontinjen kitorang menang campsite terbersih.



Itu je lah serba sedikit. InsyaAllah tahun depan PERDANA kitorang conquer. Yeahhhh!

Capati roti canai,
Cicah dengan susu,
Mari ramai-ramai,
Y.I.K. NO. 1!


? PPREVIOUS
FUTURE ?